Ribut salji badai bahagian timur AS

Astro Awani
Januari 17, 2022 05:41 MYT
Seorang penduduk dilihat membersihkan bahagian depan rumahnya di Pittsburgh yang dilanda ribut salji. - Foto AP
NEW YORK: Ribut salji membadai persisir pantai timur Amerika Syarikat pada Isnin berserta hujan lebat dan angin kencang.
Menurut pakar meteorologi, salji melebihi paras 30 sentimeter melanda sebahagian besar negeri New York, Ohio dan Pennsylvania.
Hujan lebat pula dilaporkan di Massachusetts, Connecticut dan Rhode Island.
Keadaan jalan yang licin menjadi ancaman utama kepada penduduk dan kerja-kerja membersihkan jalan serta lebuh raya sedang giat dijalankan.
Ribut berkenaan turut memaksa beberapa pusat vaksinasi COVID-19 serta pusat ujian saringan ditutup.
#salji #hujan lebat #angin kencang #COVID-19
;