Ribut musim sejuk mula melanda selatan California
Astro Awani
Februari 27, 2023 09:00 MYT
Februari 27, 2023 09:00 MYT
CALIFORNIA: Ribut musim sejuk yang melanda pantai barat California, Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan banjir dan suhu sejuk melampau kini beralih ke selatan California pada Sabtu.
Ia turut menyebabkan paras sungai ke peringkat berbahaya dan mengakibatkan ribut salji di kawasan rendah di sekitar Los Angeles.
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, kejadian tersebut adalah salah satu ribut paling kuat pernah melanda barat daya California.
Dengan jumlah angin dan hujan yang melanda, ia terus memberi impak ketara termasuk salji dengan ketinggian 305 meter.
Bukit-bukit di sekitar pinggir bandar Santa Clarita, utara Los Angeles, diselimuti warna putih dan salji juga mengejutkan kawasan pinggir bandar di sebelah timur.
Bagaimanapun menurut pihak berkuasa, tiada laporan kecederaan dan kemalangan jiwa setakat ini.