Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Astro Awani
Julai 7, 2024 08:00 MYT
Julai 7, 2024 08:00 MYT
TEL AVIV: Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di Tel Aviv pada sabtu menggesa pilihan raya baharu yang berpotensi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Nnetanyahu.
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu yang masih menguasai majoriti stabil di Parlimen.
Antara lain, protes tersebut memperlihatkan ribuan orang mengibarkan bendera Israel selain membawa plakad antikepimpinan Netanyahu.
Ini termasuk yang membabitkan undang-undang ketenteraan serta pengurusan beliau dalam perang dengan Hamas di Gaza dan Hezbollah di Lubnan.
Kemarahan warga Iisrael terhadap cara kepimpinan Netanyahu kini dilihat semakin memuncak.
Antara isu yang seringkali ditekankan oleh warga Israel setiap protes diadakan adalah pembebasan tebusan serta gencatan senjata kekal.
Sebelum ini, Netanyahu berkata, ketua Agensi Perisikan Mossad kembali dari pertemuan awal dengan pengantara di Doha, Qatar dan rundingan akan diteruskan minggu depan.
Kenyataan itu sangat berbeza dengan rundingan masa lalu dalam perang sembilan bulan di Gaza apabila Israel berkata, syarat yang dilampirkan oleh Hamas tidak boleh diterima.
Netanyahu memimpin salah satu gabungan berhaluan kanan paling lama di Israel.