Ribuan sertai tunjuk perasaan di Greece, bantah perjanjian dengan Macedonia
Astro Awani
September 8, 2018 07:37 MYT
September 8, 2018 07:37 MYT
Polis Greece terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menghalang ribuan penunjuk perasaan menghampiri tempat Perdana Menteri Alexis Tsipras yang memberi ucaptama mengenai ekonomi.
Seramai 6,000 orang berkumpul pada Sabtu sebagai memprotes perjanjian ditandatangani Greece dan jirannya Macedonia untuk menamatkan pertikaian lama mengenai nama mereka.
Pegawai polis terpaksa menahan penunjuk perasaan di sekitar kawasan itu, namun kumpulan terbabit mendekati tapak pameran dari arah yang lain dan menyerang mereka dengan batu dan objek lain.
Tiga lagi protes menuju ke arah Pusat Pameran Antarabangsa Thessaloniki.
Polis membiarkan peserta terus mengadakan perarakan tanpa sebarang insiden.
#Alexis Tsipras
#ekonomi
#Greece
#Macedonia
#nama
#Perdana Menteri
#perjanjian
#protes
#tunjuk perasaan