Ribuan sertai protes anti-kerajaan di Ecuador

Astro Awani
Oktober 9, 2019 09:32 MYT
Seorang penunjuk perasaan anti-kerajaan membaling semula tangki gas pemedih mata ke arah polis ketika mengadakan demonstrasi di Quito, Ecuador, 8 Okt, 2019. (Foto AP)
Ribuan penunjuk perasaan dan orang asli bertempur dengan pihak berkuasa di ibu kota Ecuador dalam protes anti-kerajaan pada Selasa.
Negara di Amerika Selatan yang mempunyai 17 juta penduduk itu kini berdepan situasi kritikal susulan kelumpuhan sistem dan kekurangan pengangkutan awam, serta jalan raya yang disekat.
Keadaan itu terus menjadi penyumbang kepada ekonomi yang terancam.
Kegananasan serta protes bermula minggu lepas susulan keputusan Presiden Lenin Moreno memotong subsidi, menyebabkan peningkatan harga bahan api yang ketara.
Beberapa telaga minyak mengurangkan penghasilan kepada 65,000 tong sehari, disebabkan penunjuk perasaan melakukan rampasan.
#Amerika Selatan #Ecuador #ekonomi #Lenin Moreno #minyak #Orang Asli #pengangkutan awam #presiden #protes #subsidi #telaga minyak
;