Ribuan sertai himpunan di Madrid, tanda sokongan kepada Palestin
Agensi
Mei 15, 2021 22:54 MYT
Mei 15, 2021 22:54 MYT
MADRID: Ribuan individu turun ke ibu kota Sepanyol, Madrid sebagai tanda sokongan dan solidariti bersama rakyat Palestin.
Himpunan diadakan pada sambutan ulangtahun ke-73 peristiwa Nakba atau pada peristiwa yang mana rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal susulan penjajahan Israel.
"Kita sudah berdiam diri terlalu lama. Tiba masanya untuk kita bersuara buat rakyat Palestin yang kebanyakannya telah terkorban dan kita perlu melindungi mereka.
"Jika bukan kita, siapa lagi yang akan melakukannya," kata Sara Mimar, seorang pelajar yang menyertai himpunan tersebut.
Pihak polis Sepanyol bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar individu yang terlibat.