Ribuan roket bakal hujani Israel - Amaran Hezbollah

Bernama
November 26, 2012 08:03 MYT
Pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah memberi amaran kepada Israel Hezbollah tidak akan berdiam diri sekiranya Israel mengambil tindakan menyerang Lubnan.
Beliau menyatakan ribuan roket akan dilancar dan bakal membanjiri Tel Aviv dan bandar-bandar di Israel sekiranya mengambil tindakan ketenteraan.
Bercakap selepas empat hari gencatan senjata berkata, Nasrallah berkata, pihaknya akan memberi tindak balas terhadap sebarang serangan.
Katanya “Israel akan digegarkan dengan roket Fajr-5 selama lapan hari di Tel Aviv dan bandar-bandar lain.
Ucapan Sayyed-Hassan itu disiarkan secara langsung oleh stesen rasmi Hezbollah televisyen Al-Manar dari selatan Beirut.
#Al-Manar #Hezbollah #lubnan #Nasrallah #roket
;