Ribuan rakyat turun protes pembaharuan cukai di Colombia
Astro Awani
Mei 2, 2021 10:57 MYT
Mei 2, 2021 10:57 MYT
RIBUAN rakyat Colombia turun ke jalanan pada Sabtu bagi melakukan tunjuk perasaan terhadap cadangan pembaharuan cukai oleh kerajaan.
Protes yang memasuki hari keempat itu mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang maut.
Kesatuan dan kumpulan lain memulakan perarakan pada Rabu untuk menuntut Presiden, Ivan Duque menarik balik cadangan pembaharuan yang pada awalnya menaikkan cukai penjualan ke atas perkhidmatan awam dan beberapa makanan.
Cali, bandar ketiga terbesar di negara itu, telah menyaksikan perarakan paling besar dan sekurang-kurangnya tiga kematian berkaitan demonstrasi.
Organisasi hak asasi manusia Human Rights Watch mengatakan pihaknya telah menerima laporan kemungkinan penyalahgunaan polis di Cali dan kumpulan hak asasi manusia tempatan menuduh terdapat 14 kematian.
Bagaimanapun pihak polis menyatakan ia menghormati hak asasi manusia dan mengikut protokol ditetapkan.
Menjelang Jumaat, seorang pegawai polis maut ditikam di tengah-tengah protes di bandar Soacha, selatan ibu kota Bogota.
Rampasan terpencil, vandalisme dan pertembungan antara polis dan penunjuk perasaan juga berlaku di Bogota, Nedellin dan bandar-bandar lain.
Protes berlanjutan pada Sabtu walaupun pengumuman oleh Duque pada Jumaat bahawa pembaharuan akan disemak semula dan tidak akan merangkumi cukai penjualan makanan, utiliti atau petrol dan perluasan cukai pendapatan.
#petrol
#Colombia
#polis
#maut
#presiden
#cukai
#protes
#Penunjuk perasaan
#kerajaan
#rakyat
#perarakan
#demonstrasi
#penyalahgunaan polis