Ribuan rakyat di Honduras meratapi upacara pengebumian Ratu Cantik Honduras, Maria Jose Alvarado dan kakaknya Sofia Trinidad yang mati dibunuh selepas seminggu mereka dilaporkan hilang.
Keadaan sedih menyelubungi ketika keranda Maria, 19 tahun dan kakaknya yang berumur 23 tahun dibawa ke tanah perkuburan.
Mangsa dan kakaknya hilang selepas dilihat kali terakhir di sebuah majlis hari jadi di utara bandar Santa Barbara.
Penduduk Santa Barbara mengadakan demonstrasi dengan memakai baju-T putih yang mempunyai gambar kedua beradik itu dan berarak dengan sebuah panji yang tertulis "May God protect them" (semoga Tuhan melindungi mereka).
Kedua-dua mayat itu dibawa pulang ke Santa Barbara kira-kira 200 kilometer dari ibu negara selepas analisis forensik dibuat pihak berkuasa.
Ibu mereka, Teresa Munoz meratapi kematian kedua-dua anak perempuannya di tanah perkuburan.
"Ia kejadian yang tidak disangka dan sukar untuk dungkatpkan dengan kata-kata, apa yang lelaki itu buat kepada cucu saya adalah perbuatan di luar batasan kemanusiaan, " kata nenek kedua mangsa itu, Soreta Munoz yang berusia 86 tahun, lapor AFP.
Akhbar tempatan melaporkan polis sedang menyiasat sama ada teman lelaki Trinidad, Plutarco Ruiz, menembak Trinidad di kepala kerana cemburu melihatnya menari bersama lelaki yang lain.
Beliau dilaporkan menembak Maria Jose sebanyak dua kali dari belakang ketika ratu cantik itu cuba melarikan diri.
Ketua detektif, Leandro Osorio berkata mayat ratu cantik dan kakaknya dijumpai ditanam berdekatan dengan Sungai Aguagual di bandar Arada, utara Honduras.
Laporan itu menyebut, kali terakhir mereka dilihat adalah ketika meninggalkan majlis hari jadi di sebuah resort luar Santa Barbara.
Pada Rabu, polis menahan pemilik resort berkenaan, Ventura Diaz, isterinya, Elizabeth Alvarado dan anak perempuan mereka, Irma Nicolle.
"Kami menyiasat kaitan suspek sama ada ada lagi suspek lain terlibat dalam kes ini," kata jurucakap polis, Jose Coello.
Pegawai menahan Ruiz selepas dia disyaki membersihkan bahan bukti selepas membunuh kedua adik beradik itu.
Maria Jose di laman web rasmi Ratu Cantik Dunia, menggambarkan dirinya sebagai seorang diplomat yang bercita-cita tinggi dan gemar bermain bola tampar pada waktu lapang.
Dia menewaskan 18 peserta lain untuk dinobatkan sebagai Ratu Cantik Honduras pada April lalu.
Maria Jose sepatutnya menghadiri satu temujanji bagi mencuba pakaian yang akan dipakai pada pertandingan itu di London pada 14 Disember ini yang akan disertai 120 peserta lain dari seluruh dunia.
AFP
Fri Nov 21 2014
![Ribuan rakyat ratapi pengebumian Ratu Cantik Honduras Ribuan rakyat ratapi pengebumian Ratu Cantik Honduras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/51416549974_295x200.jpg)
Ibu kepada kedua mangsa, Teresa Munoz, memeluk keranda Maria Jose di Santa Barbara pada Khamis. - Gambar AFP/Orlando Sierra
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Honduras panggil pulang duta di Israel untuk rundingan Honduras panggil pulang duta di Israel untuk rundingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699067686_TBEduardoEnriqueRe.jpg)
Honduras panggil pulang duta di Israel untuk rundingan
Roberto Martinez dipanggil berikutan situasi kemanusiaan serius yang dihadapi oleh penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
![Honduras tahan Datuk Bandar kerana aktiviti edar dadah Honduras tahan Datuk Bandar kerana aktiviti edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692703403_HandcuffGari.jpg)
Honduras tahan Datuk Bandar kerana aktiviti edar dadah
Datuk Bandar Brus Laguna itu didakwa mengatur pengangkutan kira-kira 30 tan kokain dengan bot dan kapal terbang.
![Gempa 6.5 magnitud gegar Amerika Tengah Gempa 6.5 magnitud gegar Amerika Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689743234_GempaBumi.jpg)
Gempa 6.5 magnitud gegar Amerika Tengah
Gempa turut dirasai di Nicaragua, Honduras, Guatemala dan Belize.
![Sekurang-kurangnya 25 rentung dalam rusuhan di penjara wanita Sekurang-kurangnya 25 rentung dalam rusuhan di penjara wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687321460_TBriotTamara.jpg)
Sekurang-kurangnya 25 rentung dalam rusuhan di penjara wanita
Sekurang-kurangnya 25 tahanan sebuah penjara wanita di Honduras rentung dalam kebakaran, tujuh yang lain maut ditikam dan berpuluh-puluh lagi cedera semasa pertempuran ganas.
![Prinsip Satu China diterima baik Prinsip Satu China diterima baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677229362_Chinaflag.jpg)
Prinsip Satu China diterima baik
China telah menjalin ikatan diplomatik dengan 182 buah negara dan hanya tinggal 13 negara sahaja yang masih mengekalkan 'hubungan diplomatik' dengan Taiwan.
![Honduras perkukuh hubungan diplomatik dengan China Honduras perkukuh hubungan diplomatik dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679871168_TBChinaTaiwan.jpg)
Honduras perkukuh hubungan diplomatik dengan China
Honduras menjalin hubungan diplomatik dengan China pada Ahad selepas memutuskan hubungan dengan Taiwan.
![Honduras putuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan Honduras putuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672149967_TaiwanFlag.jpg)
Honduras putuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan
Honduras telah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Taiwan, menurut Kementerian Dalam Negeri.
![Messi masih berbisa, Argentina cemerlang benam Honduras Messi masih berbisa, Argentina cemerlang benam Honduras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663995387_ArgentinaHondurasS.jpg)
Messi masih berbisa, Argentina cemerlang benam Honduras
Jaringan pertama Messi terhasil selepas skuad kendalian Lionel Scaloni mendahului menerusi gol Lautaro Martinez di awal permainan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Castro angkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Honduras Castro angkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Honduras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643326955_HonduranPresidentC.jpg)
Castro angkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Honduras
Castro angkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Honduras