Ribuan rakyat Palestin tetap rai Syawal, berhimpun di Masjid Al-Aqsa
Agensi
Mei 13, 2021 20:49 MYT
Mei 13, 2021 20:49 MYT
KUALA LUMPUR: Tirai Ramadan di Palestin berlabuh dengan air mata dan penderitaan yang berterusan.
Namun, rakyatnya terus menzahirkan rasa syukur saat menjelmanya Syawal yang dinantikan.
Di Masjid Al-Aqsa, ribuan warga Palestin terus berkumpul bagi menyambut Syawal serta menunaikan solat sunat Aidilfitiri.
Serangan kejam Zionis sejak Ramadan ke-25 lalu tidak melunturkan semangat rakyat negara itu.
Sementara itu, di tengah Gaza, Aidilfitri dirai di celah runtuhan, di sebalik serangan yang berterusan.
Bagi penduduk setempat, tiada makna Aidilfitri untuk mereka.
"Kami di Gaza dan seluruh Palestin tidak merasai kegembiraan sebuah perayaan disebabkan tindakan ganas rejim ke atas Gaza dan seluruh Palestin," ujar Moe'n Ahmad seperti dilaporan agensi berita AP.
Keganasan Israel ke atas Palestin terus memuncak
Pada Khamis, angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 83 sejak keganasan tersebut bermula pada Isnin.
Daripada 83 mangsa korban, seramai 17 adalah kanak-kanak manakala 480 yang lain mengalami kecederaan.
Menurut Perdana Menteri Israel, 15 mangsa korban pada Rabu adalah anggota kanan tentera Hamas, termasuk seorang komander briged di bandar Gaza.
Tiga menara di Tebing Gaza turut dimusnahkan menerusi serangan udara pada Rabu.
Keganasan tercetus selepas Israel melancarkan pelan untuk menghalau penduduk dari kawasan perumahan Sheikh Jarrah di timur Baitulmaqdis untuk penduduk Israel.
Krisis Asia Barat | 'Enough is enough' - Presiden Palestin
#Ramadan
#Aidilfitri
#Gaza
#Perdana Menteri
#Kanak-kanak
#Israel
#Hamas
#Masjid Al-Aqsa
#Palestin
#angka korban
#Zionis
#keganasan
#serangan
#tentera
#mangsa