Ribuan rakyat Filipina terkandas di stadium, rayu untuk penghantaran pulang

Agensi
Julai 28, 2020 22:40 MYT
Sebilangan besar mereka adalah sebahagian rakyat Filipina yang kehilangan pekerjaan akibat penularan COVID-19. - Gambar REUTERS
Ribuan pekerja dari seluruh Filipina terkandas dalam stadium besbol di ibu kota Manila, menunggu bantuan kerajaan untuk membawa mereka pulang.
Sebilangan besar mereka adalah sebahagian rakyat Filipina yang kehilangan pekerjaan akibat penularan COVID-19.
Kerajaan pada masa sama mendedahkan kira-kira 1,200 orang merayu bantuan pengangkutan untuk mendapatkan perjalanan percuma ke wilayah mereka.
Kesemua mereka kebanyakannya tidak berkemampuan dari segi wang terutamanya selepas hilang pekerjaan.
Kesesakan dalam stadium berkenaan menimbulkan kebimbangan ramai terhadap risiko jangkitan COVID-19.
Bagaimanapun pihak berkuasa berkata lebih 4,000 orang yang terkandas dari stadium telah dibawa ke wilayah asal sejak minggu lalu.
#bantuan #COVID-19 #Filipina #hilang pekerjaan #Manila #stadium besbol
;