Ribuan rakyat Belanda bersolidariti atas kematian George Floyd

Astro Awani
Jun 2, 2020 23:28 MYT
Ribuan penunjuk perasaan berdemonstrasi di The Hague sebagai tanda solidariti di atas kematian George Floyd. -Reuters
Demonstrasi membantah keganasan polis dan ketidakadilan kaum berlangsung di Belanda.
Ribuan penunjuk perasaan berdemonstrasi di The Hague pada Selasa sebagai tanda solidariti di atas kematian warga kulit hitam George Floyd akibat keganasan polis di Amerika Syarikat (AS).
Demonstrasi secara aman itu menampakkan penunjuk perasaan mematuhi garis panduan kesihatan dengan penjarakan sosial dan memakai penutup hidung dan mulut.
Ada pemprotes dilihat membawa sepanduk "Saya tidak dapat bernafas" sebagai gambaran keperitan Floyd sebelum meninggal dunia.
Turut tertera sepanduk "perkauman adalah juga pandemik" susulan dunia sedang memerangi pandemik COVID-19.
Susulan kematian Floyd minggu lalu, isu layanan perbezaan warna menjadi tumpuan di banyak negara termasuk di Eropah.
#Amerika Syarikat #AS #Belanda #George Floyd #keganasan #keganasan polis #ketidakadilan kaum #koronavirus #meninggal dunia #pandemik