Ribuan peserta terjun dalam air sejuk di Selat Magellan
Astro Awani
Julai 17, 2022 08:15 MYT
Julai 17, 2022 08:15 MYT
PUNTA ARENAS: Ribuan peserta memberanikan diri terjun ke dalam air sejuk di Selat Magellan, Chile pada Sabtu.
Acara tahunun itu dihentikan selama tiga tahun akibat penularan pandemik COVID-19 sebelum ini.
Ketika ini sajli setebal 10 sentimeter meliputi Punta Arenas, bandar paling selatan di dunia.
Namun keadaan itu tidak menghalang seramai 5,000 peserta dari 15 buah negara berenang di selat berkenaan.
Acara ini bermula 15 tahun lalu oleh enam pemuda dan kini telah berkembang menjadi acara yang disertai peserta dari seluruh dunia.