Ribuan pepatung penuhi Rhode Island

Agensi
Julai 30, 2024 10:50 MYT
Ribuan pepatung dilaporkan memenuhi lokasi berhampiran Pantai Misquamicut, di Westerly, Rhode Island. - Gambar Reuters
RHODE ISLAND: Ribuan pepatung dilaporkan memenuhi lokasi berhampiran Pantai Misquamicut, di Westerly, Rhode Island pada Sabtu.
Dalam pada itu, Reuters turut mengesahkan lokasi kejadian berdasarkan susun atur kawasan dan tiang elektrik yang sepadan dengan imej satelit dan fail kawasan itu.
Media tempatan melaporkan pengunjung pantai memaklumkan, kumpulan pepatung itu terbang seolah "awan hitam" berarak yang menyebabkan orang ramai bertindak meninggalkan kawasan tersebut.
Pepatung di Amerika Utara berpindah pada akhir musim panas dan awal musim luruh pada setiap tahun.
Sementara itu, pepatung memainkan peranan penting dalam ekosistem kerana makan nyamuk dan serangga lain.
Namun begitu, pakar memberitahu sekiranya terperangkap di lokasi dipenuhi pepatung adalah tidak berbahaya.
#Pantai Misquamicut #pepatung #ekosistem #Rhode Island
;