Ribuan pencari suaka dipindahkan selepas penempatan terbakar

Agensi
September 17, 2020 19:27 MYT
Operasi pemindahan itu dilakukan Polis Greece sejak Khamis lalu melibatkan 70 pegawai wanita. - Gambar REUTERS
Ribuan pencari suaka yang hilang tempat perlindungan selepas kem pendatang terbesar di Greece terbakar akan dipindahkan di sebuah penempatan baharu di pulau berkenaan.
Operasi pemindahan itu dilakukan Polis Greece sejak Khamis lalu melibatkan 70 pegawai wanita.
Selain itu, pasukan berkenaan juga berusaha mendekati kumpulan berkenaan bagi menyakinkan mereka untuk berpindah di kem baharu di kawasan Kara Tape.
Bagaimanapun tiada sebarang keganasan dilaporkan dalam operasi berkenaan.
Pada 7 September lalu, Kem Moria musnah dalam kebakaran yang didakwa sengaja dilakukan pihak berkuasa Greece selepas beberapa penduduk kem berkenaan marah dengan perintah pengasingan yang dikeluarkan untuk mencegah penyebaran COVID-19.
Kem tersebut dikenakan perintah berkurung selepas pihak berkuasa mengesan 35 penghuni positif COVID-19.
#COVID-19 #Greece #hilang #kebakaran #keganasan #koronavirus #operasi #Pencari Suaka #polis #wanita
;