Ribuan pelajar berhimpun, desak kerajaan Thailand dibubarkan

Agensi
September 19, 2020 21:19 MYT
Ribuan penunjuk perasaan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan pelajar di Bangkok, Thailand berhimpun di universiti awam pada Sabtu. - Reuters
Ribuan penunjuk perasaan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan pelajar di Bangkok, Thailand berhimpun di universiti awam pada Sabtu.
Mereka berhimpun bagi mendesak kerajaan membubarkan parlimen kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha, mengadakan pilihan raya umum dan menubuhkan perlembagaan baharu.
Malah, ada juga yang mendesak reformasi sistem monarki yang baharu.
Ini kerana, penunjuk perasaan berpendapat penubuhan kerajaan ketika ini yang berlandaskan institusi diraja adalah sebuah kerajaan yang kebal.
Pasukan polis dijangka akan mengerahkan anggotanya untuk meleraikan protes tersebut dan mengawasi bangunan kerajaan dan bangunan diraja.
#Bangkok #kerajaan #menteri #pelajar #Penunjuk perasaan #Perdana Menteri #pilihan raya #pilihan raya umum #polis #protes #Thailand
;