Ribuan kambing biri-biri mati lemas akibat kapal terbalik

Astro Awani
November 26, 2019 08:31 MYT
Pemandangan udara, diambil dari video drone, menunjukkan bot-bot bantuan kecemasan berdekatan kapal kargo Queen Hind yang terbalik berhampiran pelabuhan Midia di Laut Hitam, Romania, 25 Nov, 2019. Claboo Media via REUTERS
Sebuah kapal yang membawa hampir 15,000 ekor kambing biri-biri karam di Laut Hitam Pantai Romania pada Ahad.
Kapal kargo yang dikenali sebagai Queen Hind itu terbalik tidak lama selepas meninggalkan Pelabuhan Midia, dalam perjalanan menuju ke Arab Saudi.
Ketika kejadian, ia membawa sebanyak 14,600 ekor kambing hidup.
Pihak berkuasa veterinar kebangsaan Romania berkata, hanya 33 ekor haiwan itu berjaya diselamatkan.
Baki selebihnya yang terperangkap di dalam kapal tersebut dikhuatiri mati.
Bagaimanapun, kesemua kru kapal berkenaan selamat
Romania merupakan rumah kepada 10 juta kambing dengan penternakan haiwan itu yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi kawasan luar bandar negara berkenaan.
Insiden itu mencetus kritikan daripada kumpulan hak asasi haiwan yang mendakwa ia merupakan salah satu bentuk penganiayaan haiwan.
#kambing biri-biri #kapal #karam #Laut Hitam Pantai Romania #Pelabuhan Midia #Queen Hind
;