Ribuan itik mati akibat selesema burung

Bernama
Disember 27, 2012 16:26 MYT
Ribuan itik di Yogyakarta, Jawa Tengah dan Jawa Timur mati akibat virus baharu selesema burung sejak empat bulan kebelakangan ini.
Perkara ini disahkan melalui ujian makmal dan penyelidikan yang dijalankan Pusat Veterinar (BBVet) di Yogyakarta.
Pakar epidemiologi BBVet Putut Djoko Purnomo berkata adalah disyaki virus baharu H5N1 itu juga menyerang spesies unggas yang lain termasuk ribuan ayam di Yogyakarta.
"Ada laporan kematian ayam secara tiba-tiba, tetapi kami masih memeriksa jika ia disebabkan oleh virus baharu," Putut dipetik sebagai berkata oleh akhbar harian bahasa Inggeris, The Jakarta Post, Khamis.
Katanya virus baharu itu dikenal pasti sebagai H5N1 klad 2.3, yang dilaporkan hanya menyerang itik.
#Jakarta #Jawa Timur #kematian ayam #virus baharu H5N1 #Yogyakarta
;