Ribuan hadir ulang tahun ke-70 kematian Evita
Astro Awani
Julai 27, 2022 08:00 MYT
Julai 27, 2022 08:00 MYT
SEMPENA ulang tahun ke-70 kematian Eva Perón atau nama penuhnya Maria Eva Duarte de Peron, salah seorang tokoh politik terpenting abad ke-20 Argentina, ribuan hadir pada majlis memperingatinya pada Selasa.
Dia yang juga dikenali sebagai Evita, dikagumi kerana memperjuangkan hak wanita dan golongan miskin pada pertengahan 1940 hingga awal 1950-an.
Ramai penyokong datang ke Tanah Perkuburan Recoleta di Buenos Aires dengan membawa kalungan bunga.
Ulang tahun ke-70 kematian Evita ini disambut saat Parti Peronist yang memerintah bergelut menghadapi krisis ekonomi dan inflasi yang menjejaskan 40% penduduknya.
Eva Peron meninggal dunia pada 1952 di usia 33 tahun kerana kanser rahim.