Ribuan hadir di majlis penghormatan terakhir Muhammad Ali
Agensi
Jun 10, 2016 09:06 MYT
Jun 10, 2016 09:06 MYT
Suasana pilu menyelubungi majlis peringatan terakhir buat legenda tinju heavyweight Muhammad Ali di tempat kelahirannya di Dewan Freedom di daerah Kentucky, Amerika Syarikat awal pagi tadi.
Acara yang boleh dianggap bersejarah itu telah berlangsung selama dua hari dan berlangsung untuk memperingati legenda tinju dan aktivis hak asasi kebebasan manusia tersebut. Sejumlah 15,000 tiket bagi upacara awam telah mula diagihkan sejak malam tadi.
Ali menghembuskan nafas terakhir pada 4 Jun lalu pada usia 74 tahun selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan.
BACA: Aktor Will Smith dijangka jadi pengiring keranda Muhammad Ali
Pemergiannya telah dirasai oleh peminat di seluruh dunia termasuk pemimpin-pemimpin negara, golongan artis yang turut menjadikan beliau sebagai idola.
Pengebumian buat ikon tinju ini bakal disempurnakan mengikut cara Islam.
Upacara awam sebagai tanda menghormati itu cukup istimewa kerana dihadiri ribuan peminat ikon tinju itu dari pelbagai bangsa, kaum, agama. Suasana begitu pilu ketika ini, namun ia sangat bermakna,” kata Makeeba Edmund, seorang warga Muslim yang sanggup mengharungi lautan manusia di sini untuk bersama-sama dengan peminat Ali dalam memberi penghormatan terakhir mereka.
Lelaki dan wanita menunaikan sembahyang jenazah, kebanyakkan mereka tertib berpakaian sopan dan menutup kepala.
Salah seorang dari hadirin ialah Babacar Gaye, warga Senegal berusia 54 tahun, sambil berkata memori menonton perlawanan Ali di kediamannya di Dakar masih segar dalam ingatannya.
Ali yang melalui detik terhebat sebagai petinju sepanjang kerjayanya dan seorang aktivis masyarakat sehingga meletakkan dia sebagai seorang tokoh yang dihormati di abad ke-20, meninggal dunia selepas 10 tahun menderita sakit Parkinson.
Mungkin ini kali pertama Louisville, bandar terbesar di selatan negeri Kentucky dan mempunyai 600,000 penduduk menyaksikan kunjungan orang ramai bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ali mulai semalam dan hari ini.