Ribuan dipindah akibat kebakaran hutan luar kawalan di La Palma, Sepanyol

Astro Awani
Julai 16, 2023 06:30 MYT
Api kelihatan menjulang tinggi susulan kebakaran hutan Tijarafe di Pulau Canary, La Palma, Sepanyol, 16 Julai 2023. REUTERS
SEKURANG-kurangnya 4,000 orang dipindahkan susulan kebakaran hutan yang tidak terkawal di Pulau La Palma, Sepanyol, setakat Ahad.
Kebakaran berlaku sejak awal pagi Sabtu ketika Eropah bergelut untuk menangani gelombang panas.
Kebakaran di kawasan hutan di utara pulau itu memaksa orang ramai dari kampung berhampiran, Puntagorda dan Tijarafe dipindahkan.
Sejumlah 10 unit udara dan 300 anggota bomba berusaha mengawal kebakaran hutan di pulau itu, yang juga sebahagian daripada kepulauan Sepanyol.
Menurut Presiden Kepulauan Canary, Fernando Clavijo, sekurang-kurangnya 13 buah rumah musnah disebabkan api yang semakin marak.
Menurut pihak berkuasa, kebakaran itu menjejaskan kawasan lebih 4,650 hektar.
Di Tenerife, satu lagi daripada gugusan lapan pulau membentuk Kepulauan Canary, kebakaran hutan itu memaksa 50 orang dipindahkan selepas kawasan seluas 60 hektar musnah.
Kebakaran hutan adalah krisis semula jadi pertama berlaku di pulau itu sejak letusan gunung berapi di pulau Sepanyol pada September 2021.
#kebakaran hutan #Pulau La Palma #gelombang panas #Kepulauan Canary
;