Ribuan di Stockholm batal sambutan Easter, berhimpun tanda solidariti untuk Gaza

Bernama
Mac 31, 2024 13:28 MYT
Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan berkumpul di daerah Odenplan di Stockholm, menyahut seruan banyak pertubuhan bukan kerajaan untuk menuntut penamatan segera jenayah perang oleh Israel di Gaza. -X @OnlinePalEng
STOCKHOLM: Ribuan penduduk di Sweden membatalkan sambutan Paskah atau Easter mereka dengan turun ke jalanan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan berkumpul di daerah Odenplan di Stockholm, menyahut seruan banyak pertubuhan bukan kerajaan untuk menuntut penamatan segera jenayah perang oleh Israel di Gaza.
Dengan memegang sepanduk bertulis "Children are being killed in Gaza", "Stop the genocide" dan "Palestine forever", peserta juga membawa model yang mewakili kanak-kanak yang telah meninggal dunia di Gaza.
Orang ramai turut melaungkan slogan termasuk "Bebaskan Palestin," "Hentikan pendudukan," dan "Israel pembunuh."

Massive mobilization for Gaza in the capital of Sweden, Stockholm. pic.twitter.com/55gTJOl46O

— PALESTINE ONLINE (@OnlinePalEng) March 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang penunjuk perasaan, Samuel Girma berkata Israel patut dikecualikan daripada menyertai Pertandingan Lagu Eurovision yang akan datang di Malmo pada 11 Mei.
Serangan berterusan Israel di Gaza sejak 7 Okt lepas mengakibatkan lebih 32,700 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Serangan itu juga menyebabkan kemusnahan besar-besaran, kehilangan tempat tinggal dan kebuluran.
-- BERNAMA
#Stockholm batal sambutan Easter #solidariti untuk Gaza #Palestin #jenayah perang oleh Israel
;