Ribuan burung mati di Kepulauan Farne

Sinar Harian
Julai 26, 2022 08:15 MYT
Ribuan ekor burung mati di Kepulauan Farne baru-baru ini. - Foto PA
LONDON: Ribuan burung mati di habitat burung terpenting di United Kingdom (UK) baru-baru ini, lapor akhbar Metro.co.uk.
Kejadian itu berlaku di Kepulauan Farne kerana hidupan liar tersebut dilanda selesema burung.
Renjer-renjer terpaksa memakai pakaian pelindung untuk mengambil bangkai-bangkai burung tersebut.
Setakat ini, mereka telah mengambil lebih daripada 3,000 bangkai untuk dibakar.
Bagaimanapun, pakar-pakar bimbang jumlah sebenar hidupan liar tersebut boleh mencecah puluhan ribu.
Banyak lagi burung daripada perlbagai jenis dipercayai jatuh dari tebing ke Laut Utara.
Kepulauan Farne adalah habitat penting untuk 23 spesies burung dengan 200,000 ekor tinggal di sana. - Sinar Harian memetik agensi
#burung #mati #Kepulauan Farne #selesema burung
;