Ribuan berkumpul kenang Yasser Arafat

Astro Awani
November 11, 2022 09:15 MYT
Warga Palestin melaungkan slogan serta mengibarkan bendera kuning Fatah bagi memperingati ulang tahun ke-18 kematian Yasser Arafat. - Foto AP
GAZA: Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin berkumpul di kota Gaza memperingati ulang tahun ke-18 kematian Yasser Arafat.
Mereka berarak ke Taman Katiba mengibarkan bendera Palestin dan bendera kuning Fatah, kumpulan Hamas yang ditubuhkan Arafat pada 1960-an.
Arafat meninggal dunia pada 2004 di sebuah hospital di Perancis selepas dua tahun pengepungan Israel di ibu pejabatnya di Tebing Barat.
Rakyat Palestin menuduh Israel meracuni pemimpin itu tetapi tiada bukti jelas mengaitkannya.
Justeru itu, punca sebenar kematian pemimpin Palestin itu masih lagi misteri.
Bagi Fatah, keupayaan untuk menggerakkan orang ramai adalah referendum mengenai popularitinya di Gaza, yang dikendalikan oleh satu lagi kumpulan iaitu Hamas.
Selepas memenangi Pilihan Raya Perundangan pada 2006, Hamas menjatuhkan Fatah di Gaza pada tahun berikutnya.
Orang ramai di perhimpunan Gaza menaikkan gambar pengganti Arafat, Presiden Mahmoud Abbas yang berpangkalan di Tebing Barat.
Dalam mesej rakaman awal yang dimainkan pada perhimpunan itu, Abbas menggesa perpaduan untuk melonggarkan kesan sekatan ke atas penduduk Gaza.
#Yasser Arafat #Hamas #kematian misteri #Taman Katiba
;