Ribuan berkumpul di Baitulmaqdis tuntut Netanyahu letak jawatan

Astro Awani
November 25, 2023 06:30 MYT
Orang ramai mengadakan protes bagi menuntuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meletak jawatan. - Foto REUTERS
BAITULMAQDIS: Ribuan penunjuk perasaan Israel mengadakan protes di Baitulmaqdis bagi menuntut Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meletakkan jawatan.
Mereka sifatkan Netanyahu gagal dalam menangani situasi tahanan dan perang dengan pejuang Hamas.
Mereka menegaskan bahawa pemimpin Israel telah bersumpah untuk membebaskan tebusan yang lain namun tentera Israel tetap meneruskan pencerobohan ke atas Gaza.
Ketika ini, Hamas menangguhkan pusingan kedua pembebasan tebusan susulan kemasukan jumlah trak bantuan tidak seperti yang dijanjikan.
Pengantara berusaha untuk mengekalkan gencatan senjata selama empat hari di landasan yang betul.
Qatar sedang dalam rundingan berterusan dengan Israel dan Hamas untuk menyelesaikan kelewatan pembebasan tebusan "secepat mungkin".
#protes #Benjamin Netanyahu #letak jawatan #Hamas
;