Ribuan berhimpun bangkang keputusan pilihan raya Armenia

Astro Awani
Februari 23, 2013 09:07 MYT
Kira-kira 8,000 penyokong parti pembangkang di Armenia berhimpun bagi membantah keputusan pilihan raya presiden.
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mendakwa berlaku pelbagai penipuan pada pilihan raya tersebut.
Antara penipuan yang didakwa berlaku ialah pengisian kertas undi ke dalam kotak undi.
Lebih teruk ada yang mendakwa pengundi dipaksa pihak tertentu bagi memastikan kemenangan buat Presiden Serge Sarkisian.
Sarkisian kemudian menang pilihan raya berkenaan dengan memperoleh hampir 59 peratus undi.
Sementara itu salah seorang calon yang kalah, Raffi Hovanessian menegaskan, pihaknya akan meneruskan protes tersebut di merata tempat bagi meraih sokongan rakyat.
“Rakyat Armenia telah memutuskan untuk mengembalikan kedaulatan undang-undang, perlembagaan dan hak-hak mereka ke Armenia. Tetapi hari ini, orang-orang Armenia telah difahami bahawa masanya telah tiba, untuk mengawal nasib dan hak kita sendiri” Katanya lagi kepada pemberita.
Beliau juga berazam untuk mendesak pihak berkuasa menyelesaikan kes berkenaan dengan telus bagi memastikan semua pihak berpuas hati.
#Armenia #Presiden Serge Sarkisian #Raffi Hovanessian
;