Reuters desak Israel lakukan siasatan kematian juruvideo
Agensi
Oktober 15, 2023 10:00 MYT
Oktober 15, 2023 10:00 MYT
Reuters mendesak Israel untuk menjalankan "siasatan menyeluruh, cepat, dan telus" mengenai kematian juruvideo mereka, Issam Abdallah, di selatan Lebanon.
AGENSI berita antarabangsa, Reuters mendesak Israel untuk menjalankan "siasatan menyeluruh, cepat, dan telus" mengenai kematian juruvideo mereka, Issam Abdallah, di selatan Lebanon.
Desakan itu dibuat Presiden Reuters, Paul Bascobert dan Ketua Pengarang, Alessandra Galloni, ketika tentera Lebanon mendakwa Israel telah melepaskan peluru berpandu yang membunuh Abdallah dan menyebabkan beberapa wartawan lain cedera.
Dalam reaksi segera, tentera Israel menegaskan, mereka sedang menyiasat insiden tersebut. - Agensi