Rempuhan perlawanan bola sepak di Honduras: Empat terbunuh, 25 cedera

Agensi
Mei 29, 2017 04:07 MYT
Orang ramai berdiri di luar Stadium Nasional selepas ratusan peminat merempuh dan memecahkan penghadang padang ketika perlawanan akhir bola sepak kebangsaan di Tegucigalpa, Honduras, 28 Mei, 2017. REUTERS
Ratusan peminat merempuh dan memecahkan penghadang padang ketika perlawanan akhir bola sepak kebangsaan di Honduras menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 25 yang lain cedera.
Menurut jurucakap hospital universiti, Miguel Osorio, kejadian yang berlaku pada Ahad itu turut menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak yang hadir.
Pegawai bomba Honduras, Capitan Oscar Triminio berkata 25 orang cedera dalam rempuhan yang berlaku sebelum bermulanya perlawanan di Stadium Nasional antara pasukan Motagua dan Honduras Progreso.
#Honduras #Honduras Progreso #maut #Motagua #rempuhan