Rempuh pasar Krismas: Suspek insiden Magdeburg bertindak sendirian - Polis

Bernama
Disember 21, 2024 06:15 MYT
Anggota polis berkawal di pasar Krismas selepas sebuah kereta merempuh ke arah orang ramai pada Jumaat, menyebabkan lima maut dan 200 cedera, di Magdeburg, Jerman, 21 Dis 2024. (Foto AP)
MAGDEBURG (Jerman): Suspek dalam insiden rempuhan kereta di bandar Magdeburg, Jerman didapati bertindak sendirian, kata pihak polis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Jurucakap polis semasa sidang media di Magdeburg pada petang Sabtu berkata berdasarkan perkembangan semasa siasatan, kemungkinan wujudnya suspek kedua boleh diketepikan.
Menurut Ketua Balai Polis Magdeburg, Tom-Oliver Langhans suspek menggunakan laluan kecemasan untuk sampai ke dataran utama.
Keseluruhan insiden itu berlangsung selama kira-kira tiga minit, tambahnya.
Suspek yang merempuh kereta ke arah orang ramai di pasar Krismas di bandar itu pada Jumaat menyebabkan lima maut dan 200 yang lain cedera.
-- BERNAMA
#pasar Krismas #rempuhan kereta #magdeburg #suspek warga Arab Saudi
;