Remaja tikam bayi yang baru dilahirkan sembilan kali hingga mati

Agensi
Mac 1, 2018 15:34 MYT
Gadis berusia 17 tahun tikam bayi yang baru dilahirkannya sebanyak sembilan kali di bandar El Palso, Texas, Amerika Syarikat. - Foto Fox News
SEORANG gadis berusia 17 tahun menikam bayi yang baharu beberapa minit dilahirkannya secara bertubi-tubi.
Remaja itu kemudian membuang mayat bayi itu ke rumah jirannya sebelum pulang dan menyambung tidur dalam kejadian dekat bandar El Paso, Texas, Amerika Syarikat.
Bayi itu ditikam sebanyak sembilan kali iaitu tiga di bahagian leher, lima di bahagian belakang dan satu di bahagian sisi, lapor Fox News.
Menurut laporan polis, suspek, Erica Gomez dikatakan telah melahirkan bayi itu di bilik mandi sebelum membalutnya dengan baju mandi.
Dia kemudian meletakkan mayat bayi itu di rumah jiran sebelum kembali ke rumahnya dan tertidur.
Dalam pada itu, ibu Gomez yang terkejut selepas menjumpai anaknya dalam keadaan berlumuran darah bergegas ke hospital sebelum doktor mengesahkan suspek keguguran.
Bagaimanapun, rahsia terbongkar apabila jirannya, Thomas Moreno menemui mayat seorang bayi lelaki dibangsalnya.
“Saya sangat kecewa dengan insiden yang berlaku kerana bayi itu tidak wajar dianiaya sebegitu,” luah Thomas.
Susulan insiden ngeri itu, pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan perbuatan itu tidak masuk akal dan mendakwa gadis tersebut mengalami penyakit mental.

This girl in TX, 17, stabbed her newborn to death not long after giving birth. Now tell me; I'm fully against abortion, but, why would you carry a baby to term, go through the painful birthing process, THEN KILL IT?? What kind of crazy ass pendeja does that??

— Hattie Amorette(@ItsHatieee) March 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

OMG I CAN'T EVEN IMAGINE!!! I'M VERY SAD AND SICK FOR THIS GIRL ALL THE WAY AROUND...STABBED A NEWBORN, THAT'S SICK--SHE WILL HAVE TO LIVE WITH THIS FOR REST OF HER LIFE. SHE NEEDS TO BE PUT IN A HOSPITAL FOR MENTAL HELP!! ANYONE WOULD HAVE TAKEN THAT BABY....HAPPILY!

— Ga Bunnie (@Ga_Bunnie) March 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

A girl stabbed her newborn 9 times.. the devil is alive and well. smh. /p>— Joanna Rae Mena. (@JoannaRaeFlores) February 28, 2018

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ekoran kejadian itu, suspek telah ditahan pada 23 Februari sebelum dimasukkan ke penjara dengan ikat jamin AS$800,000 (RM3,144,000.00).
#17 tahun #Erica Gomez #sembilan kali #seorang gadis #thomas moreno #tikam bayi
;