Remaja terperangkap di Gua Tham Luang 'hidup' seperti sami selama sembilan hari

Agensi
Julai 25, 2018 07:19 MYT
Sebelas remaja membotakkan kepala dan memakai pakaian sami di kuil Phra That Doi Wao, Chang Mai.
SEBELAS remaja yang terselamat selepas terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai Thailand akan menikmati kehidupan seperti sami.
Kesemua pasukan bola sepak yang berdepan detik-detik mencemaskan selama beberapa hari terperangkap di dalam gua itu akan hidup seperti sami selama sembilan hari bagi memberi penghormatan kepada pasukan yang telah menyelamatkan mereka.
Malah, 11 remaja terbabit turut membotakkan kepala dalam satu majlis tradisi pada Rabu.
Jurulatih mereka Ekapol Chanthawong, 25 tahun akan menjadi sami selepas 10 tahun dilantik sebagai sami pelatih.
Salah seorang remaja Adul Sam-on, 14 tahun tidak ditahbiskan memandangkan dia beragama Kristian.
Ratusan penduduk menyertai majlis itu yang diadakan di Kuil Phra That Doi Wao, Chang Mai bagi memberi sokongan kepada remaja tersebut.
Ahli keluar remaja terbabit telah berjanji bahawa anak mereka akan ditahbiskan sekiranya berjaya diselamatkan.
Mereka terperangkap selama 17 hari dalam gua yang berdekatan sempadan Myanmar itu berjaya dibawa keluar dengan misi bantuan antarabangsa melibatkan pasukan penyelamat dari Australia.
Setelah berjaya dibawa keluar dengan selamat, kesemua mereka ditahan di hospital bagi menjalani rawatan susulan.
Terdahulu pada 23 Jun lalu, kumpulan remaja yang berusia 11 hingga 16 tahun itu bersama jurulatih mereka berusia 25 tahun memasuki gua berkenaan untuk meneroka bahagian dalam gua tersebut namun terperangkap selepas hujan lebat turun sehingga menyebabkan banjir.
#bola sepak #Chiang Rai #Gua #gua Tham Luang #sami buddha #teroka #terperangkap #wild boar
;