Remaja terperangkap dalam gua dipercayai dijangkiti
Agensi
Julai 10, 2018 18:43 MYT
Julai 10, 2018 18:43 MYT
Kementerian Kesihatan mengesahkan kesemua lapan remaja yang terperangkap di gua Tham Luang, Thailand berada dalam keadaan sihat, namun tidak menolak kemungkinan dijangkiti.
Menurut Pengarah Kesihatan Awam, Thongchai Lertwilairatanapong, hasil ujian darah menunjukkan kebarangkalian berlaku jangkitan.
"Hasil ujian darah yang dibuat menunjukkan kesemua remaja terbabit mendapat jangkitan dalam darah." jelasnya.
Katanya kesemua remaja akan ditempatkan di bawah pengawasan hospital sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Pada Isnin, lapan remaja yang terperangkap di gua Tham Luang, Thailand berjaya dikeluarkan dalam operasi yang masuk hari ketiga.
Baki empat remaja dan jurulatihnya, Ekphol Chantawong terpaksa bermalam di dalam gua berkenaan sementara menunggu operasi bersambung pada Selasa.
Menurut ketua misi menyelamat Narongsak Osottanakorn, kesemua empat mangsa yang berjaya dikeluarkan semalam telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Namun, apabila ditanya sama ada baki lima mangsa yang masih teperangkap di dalam gua berkenaan akan dikeluarkan dalam misi hari ini, beliau memberitahu ia bergantung kepada keadaan cuaca.
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#mangsa
#remaja
#Thailand
#Tham Luang
#Thongchai Lertwilairatanapong