Remaja terima pingat bantu orang ramai ketika serangan di konsert
Astro Awani
Mac 30, 2024 09:45 MYT
Mac 30, 2024 09:45 MYT
MOSCOW: Seorang remaja berusia 15 tahun, Islam Khalilov, yang menyelamatkan lebih seratus nyawa semasa serangan tembakan di Dewan Bandaraya Crocus, telah dianugerahkan Pingat Muslim Rusia pada Jumaat.
Islam menjadi terkenal selepas video dia membantu lebih daripada 100 orang warga Rusia tanpa mengira agama tular di platform media sosial.
Islam bekerja secara sambilan di bilik pakaian Dewan Bandaraya Crocus dan membantu membimbing orang ramai ke tempat yang selamat dengan mengarahkan mereka ke jalan keluar semasa serangan senjata api.
Serangan bermula pada petang 22 Mac sejurus sebelum kumpulan rock era Soviet 'Picnic' menyerang di kawasan yang mempunyai sekitar 6,200 orang.
Lapor laman berita tempatan, semasa serangan lebih 200 orang berada di dalam bangunan yang terbakar sebelum bumbung bangunan runtuh beberapa saat kemudian.
Selepas menerima pingatnya, Islam berkata dia percaya bahawa sesiapa sahaja akan melakukan perkara yang sama di tempatnya dan dia telah diajar sejak dari kecil untuk sentiasa membantu orang lain.
Saluran media sosial Rusia telah dibanjiri dengan mangsa serangan sejak kejadian tembakan dengan rayuan untuk membantu mencari lebih ramai mangsa.