Remaja perempuan ini mengaku melatih diri dengan seni lompatan berpagar persis kuda
Agensi
Mei 29, 2019 14:20 MYT
Mei 29, 2019 14:20 MYT
SEBUAH video yang mula tular di media sosial mencuri perhatian warga net tatkala melihat aksi seorang remaja perempuan melompat pagar persis seekor kuda Pony sedang merentasi halangan bepagar.
Menurut laporan portal Daily Mail, Ava Vogel, 16, yang berasal dari Edmonton, Kanada mula menjadikan seni lompatan kuda ini sebagai hobinya seawal usia 10 tahun selepas beliau belajar cara menunggang kuda dan semasa bermain dengan rakan-rakan.
"Semuanya bermula apabila saya berumur sepuluh tahun dimana saya belajar menunggang kuda dan selepas itu, saya akan berlari dan melompat seperti kuda bersama rakan-rakan saya," katanya.
Selama enam tahun Ava berlatih untuk melakukan aksi tersebut dengan baik sehingga dia boleh berjalan seperti kuda hanya dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dan tangannya selama lima minit.
Setakat ini Ava berjaya mencapai rekod lompatan sama seperti ketinggiannya iaitu hampir 5 kaki tinggi (1.47 meter) berbanding sebelum ini yang hanya mencatat rekod lompatan hampir 4 kaki tinggi (1.16 meter).
Beliau juga turut memuat naik video tutorial bagaimana untuk menguasai seni lompatan kuda itu, pada mulanya seseorang itu perlu terlebih dahulu belajar bagaimana ingin melompat dengan lancar.
Selepas itu, seseorang individu itu baru boleh mula mengamalkan lompatan dengan mengekalkan kaki yang lurus dan membawa kedua-dua tangannya rapat ke bahagian bawah dagu semasa melakukan aksi.
Seni lompatan kuda itu mampu memberikan stamina yang baik serta membina kekuatan ketahanan badan kepada individu yang berkecipung dengan hobi itu.
#aksi seorang remaja perempuan
#Edmonton
#Kanada
#media sosial
#melompat pagar
#menggunakan kedua-dua kaki dan tangannya
#merentasi
#seperti seekor kuda