Remaja perempuan dirogol tujuh orang lelaki di India
Agensi
Jun 25, 2019 16:08 MYT
Jun 25, 2019 16:08 MYT
SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tujuh orang lelaki di sebuah rumah di Ongole, India.
Menurut laporan portal berita Mirror.co.uk, mangsa yang berasal dari Nalapadu, Guntur dikurung selama lima hari dan dirogol secara bergilir-gilir oleh mereka.
Mangsa yang tidak sedarkan diri itu dibiarkan berseorangan di stesen bas Ongole selepas lima hari diculik
Polis tempatan berjaya memberkas empat orang lelaki dewasa dan tiga remaja lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan kejam itu.
Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku apabila remaja perempuan itu ditipu oleh seorang kenalan yang baru dikenalinya untuk bertemu di Ongole.
Namun, setibanya di sana, lelaki tersebut tidak muncul dan dia ditawar oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya untuk tumpang bermalam di rumahnya.
Kertas siasatan kes berkenaan dibuka di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak atas Kesalahan Seksual (POCSO), untuk kesemua suspek diheret ke muka pengadilan.
Berikutan kejadian itu, Menteri Dalam Negeri, Andhra Pradesh, Mekathoti Sucharitha berkata, langkah pencegahan akan diambil bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi pada masa depan.