Remaja perempuan didakwa bunuh budak lelaki 11 tahun di Dallas AS

Bernama
Januari 20, 2023 12:10 MYT
Polis menerima panggilan pada petang Ahad dan hasil siasatan mendapati berlaku pergaduhan antara dua gadis di tempat letak kereta kompleks itu.- Gambar hiasan
NEW YORK: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Dallas, selatan Texas, Amerika Syarikat (AS) didakwa atas tuduhan membunuh seorang budak lelaki berusia 11 tahun, lapor Xinhua memetik polis Dallas.
Polis menerima panggilan pada petang Ahad dan hasil siasatan mendapati berlaku pergaduhan antara dua gadis di tempat letak kereta kompleks itu, menurut laporan CNN.
"Seorang suspek juvana mengambil pistol dan menembak ke arah remaja yang bergelut dengannya namun tembakan itu mengenai seorang remaja lelaki yang berada berdekatan," kata polis Dallas dalam satu kenyataan.
Suspek pada mulanya melarikan diri dari lokasi namun berjaya ditahan dan didakwa.
Mangsa yang maut itu merupakan murid darjah lima di DeSoto Independent School District.
Lebih 6,000 kanak-kanak dan remaja cedera atau terbunuh dalam insiden tembakan di AS pada 2022, menurut lama sesawang Arkib Keganasan Senjata AS.
-- BERNAMA
#tembakan #tuduhan bunuh #Kanak-kanak #Dallas
;