Remaja Nepal bunuh diri selepas Brazil kalah

Astro Awani
Julai 10, 2014 16:12 MYT
Remaja Nepal bunuh diri selepas Brazil kalah
Seorang remaja perempuan di timur Nepal bunuh diri selepas pasukan bolasepak Brazil dibelasah oleh Jerman dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 pada Rabu, lapor The Himalayan Times.
Pragya Thapa, 15, ditemui mati tergantung di bilik tidurnya. Dia meninggalkan nota bunuh diri namun laporan media tidak mendedahkan isi kandungan nota tersebut.
Remaja itu menonton perlawanan separuh akhir tersebut sehingga gawang Brazil bolos pada kali keempat, kata sumber ahli keluarga. Dia kemudian masuk ke biliknya selepas diejek oleh kawan-kawannya.
"Dia sangat teruja hendak lihat Brazil masuk akhir tetapi kalah kepada Jerman. Beberapa orang kawannya mengejek dia kerana menyokong Brazil. Pada sebelah pagi, dia nekad gantung diri di biliknya," kata polis.
Menurut laporan media, bapa remaja itu berkerja di sebuah negara di Teluk.
Anak sulung dalam keluarga itu bersekolah di sebuah sekolah Inggeris. Dia dijadual menduduki peperiksaan pada Rabu.
#Brazil #bunuh diri #FIFA #jenayah #Jerman #Piala Dunia 2014
;