Remaja maut dipatuk ular peliharaan

Sinar Harian
Julai 9, 2018 18:21 MYT
Aksi terakhir Rizky bersama ular tedung peliharannya semasa Hari Tanpa Kenderaan di Palangka Raya, semalam. -Sinar Harian
Hobi seorang remaja membela ular tedung selar sebagai haiwan kesayangan membawa padah apabila dia maut dipatuk reptilia berbisa berkenaan dalam kejadian di Kalimantan Tengah.
Remaja yang dikenali sebagai Rizky Achmad itu dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas dirawat di Hospital Doris Sylvanus sejak semalam.
Rizky, 19, dilaporkan membela ular berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Media tempatan melaporkan, ular berkenaan dijadikan haiwan peliharaannya selepas ia ditemui semasa banjir di Kelurahan Bukit Tunggal.
#Hospital Doris Sylvanus #Kalimantan Tengah #Kelurahan Bukit Tunggal #reptilia berbisa #Rizky Achmad #ular tedung selar
;