Remaja gila minum air rebusan tuala wanita?

Sinar Harian
November 10, 2018 13:59 MYT
Gila minum air rebusan tuala wanita gejala terbaru dikesan di Jakarta. - Tempo.co
Tabiat gila meminum air rebusan tuala wanita baru dikesan dalam kalangan remaja yang ingin mencari kepuasan di Jakarta.
Memetik Tempo, gejala ini dilihat semakin berleluasa kerana remaja memilih tuala wanita bukannya dadah untuk berkhayal.
Menurut portal itu, kaedahnya dengan merebus produk itu dan air rebusan itu diminum.
"Penagihan air rebusan tuala wanita itu dikesan di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tengerang," katanya.
BACA: Pelanggan hampir jamah tuala wanita disangka hidangan daging

BACA: Lakukan hubungan intim untuk dapat tuala wanita

Pegawai Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia Sitty Hikmawatty berkata, idea mencari kepuasan daripada air rebusan itu berasa dari rasa ingin tahu bagi sesetengah remaja.
"Sehinggakan, hasil penemuan kesan air itu tular dan diketahui oleh remaja lain.
"Mereka mencari bahan alternatif supaya mereka boleh berkhayal, tenang dan gembira," katanya.
Katanya, barangan itu mudah diperoleh di pasaran dan dikatakan sukar untuk dibendung.
Awal tahun ini, penyelidik di Institut Teknologi Bandung Yessi Permana juga menzahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan mengenai kegemaran baharu remaja di negara itu.
"Isu mabuk saja yang dibimbangi pihak berkuasa tetapi dipercayai air rebusan itu mengandungi beberapa bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada mata, atau butiran polimer penyerap cecair yang berbahaya jika dimasukkan ke badan," katanya.

#anak #Dadah #Indonesia #Jakarta #rebusan #tuala wanita #wanita
;