Remaja bunuh diri, teman wanita dirogol depan mata

Sinar Harian
September 15, 2018 17:56 MYT
Sawan Sai membunuh diri akibat trauma dan rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan teman wanitanya. - Gambar hiasan
Seorang remaja berusia 19 tahun membunuh diri selepas dipaksa menyaksikan teman wanitanya dirogol dua lelaki dalam satu kejadian di negeri Chhattisgarh, India baru-baru ini.
Remaja itu bertindak demikian kerana trauma dan rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan teman wanitanya.
Sebelum kejadian, remaja dikenali sebagai Sawan Sai itu dan teman wanitanya sedang berdua-duan di sebuah kawasan terpencil di Bhelwatikra.
BACA: Remaja diculik, dirogol dan 'diratah' dua minggu dalam hutan
BACA: Trauma kanak-kanak 11 tahun diikat, mulut disumbat dan dirogol
Insiden itu berlaku pada 1 Sept lalu dan Sawan bertindak membunuh diri keesokan harinya.
"Semasa sedang menyiasat punca Sawan membunuh diri, polis dimaklumkan dengan kedatangan teman wanita mangsa.
"Gadis yang masih di bawah umur itu menceritakan kejadian sebenar, " kata penyiasat polis Katghora, Sandeep Mittal.
Kata Mittal lagi, si pelaku turut membelasah Sawan dan melarikan telefon bimbitnya.
Susulan itu katanya, polis telah menahan dua pemuda berusia 22 tahun dikenali sebagai Ishwar Das dan Khem Kanwar dan dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta Perlindungan Kanak-Kanak (POSCO). -- Times of India
#Bhelwatikra #bunuh diri #Chhattisgarh #Ishwar Das #Khem Kanwar #mangsa rogol #Sawan Sai #teman lelaki #teman wanita
;