Remaja bunuh bapa, cederakan abang kandung dicekup polis
Agensi
Januari 15, 2019 17:16 MYT
Januari 15, 2019 17:16 MYT
Gara-gara perselisihan faham, seorang remaja sanggup bertindak membunuh bapa selain mencederakan abangnya di rumah mereka di Farrukhabad, India.
Insiden berdarah itu berlaku di Kampung Bhojpur, Farrukhabad, India apabila seorang lelaki berusia 20 tahun membunuh bapanya, 68 tahun.
Warga emas itu mengalami kecederaan teruk dan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala abang suspek dilaporkan mengalami cedera parah selepas ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam.
Difahamkan, remaja itu berada di bawah pengaruh alkohol serta dipercayai menyerang bapa dan abang kandung akibat perselisihan faham.
Selepas insiden berdarah tersebut, remaja terbabit bertindak melarikan diri manakala senjata tajam yang digunakan ditinggalkan di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan pihak polis manakala abang mangsa yang mengalami cedera parah dirawat di hospital daerah tersebut.