Seorang remaja Britain berumur 18 tahun telah diperkosa dengan kejam serta dipukul dua orang lelaki sewaktu mengadakan lawatan kolej ke Berlin.

Lapor Mirror.uk, remaja perempuan tersebut difahamkan dalam lawatan ke ibu kota Jerman itu untuk menghadiri sebuah festival filem.

Dia kemudiannya diserang oleh dua lelaki di sebuah bar shisha selepas terpisah dengan rakan-rakannya pada malam tersebut.

Remaja itu dikepong oleh dua lelaki berkenaan, sebelum dikunci di dalam bilik dan dirogol serta dipukul dengan teruk selepas dia melawan.

Dia dirawat selama dua malam selepas mengalami kecederaan dan trauma sebelum diterbangkan pulang ke United Kingdom, Jumaat lepas.

Setakat ini, belum jelas sama ada suspek sudah ditahan ataupun tidak.

Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-68, Berlinale itu berlangsung dari 15 hingga 25 Februari.