Remaja autisme hilang dua hari ditemui di puncak gunung
Agensi
Jun 11, 2020 00:36 MYT
Jun 11, 2020 00:36 MYT
SEORANG remaja autisme ditemui dalam keadaan selamat di puncak gunung di utara Melbourne, selepas dipercayai hilang selama dua hari sejak Isnin lalu.
William Callaghan, 14 tahun yang hilang ketika mendaki Gunung Disappointment bersama keluarganya, ditemui salah seorang sukarelawan operasi mencari dan menyelamat pada Rabu.
Remaja yang mempunyai masalah percakapan itu ditemui kira-kira dua kilometer daripada jarak pusat operasi pencarian oleh penduduk tempatan, Ben Gibbs.
Menurut Gibbs, dia menyanyi ketika melakukan pencarian dengan harapan dapat menarik perhatian remaja itu.
Dia kemudian dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Diraja Melbourne dalam keadaan stabil untuk dirawat kerana disyaki patah kaki dan mengalami beberapa kesan luka serta lebam.
Australia ketika ini berdepan cuaca sejuk melampau.
#Australia
#Ben Gibbs
#Gunung Disappointment
#hilang
#Kanak-kanak
#Melbourne
#operasi
#remaja
#remaja autisme