Remaja 13 tahun gantung diri kerana gadis pujaan dimiliki orang lain
Agensi
Ogos 21, 2019 12:30 MYT
Ogos 21, 2019 12:30 MYT
SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung selepas mengetahui gadis sunti yang diminatinya mempunyai teman lelaki.
Menurut laporan portal berita Dailymail, remaja lelaki yang dikenali sebagai, Harry Storey itu dipercayai melakukan tindakan itu kerana rakan-rakannya memberitahu pihak berkuasa bahawa dia pernah menyatakan niat membunuh diri menerusi aplikasi Whatsapp selepas mengetahui tentang 'saingan' cintanya.
Pihak berkuasa juga dikhabarkan bahawa mangsa juga pernah menonton sebuah program televisyen yang mengisahkan seorang perempuan membunuh diri dengan menggantungkan diri dan itu menguatkan lagi motif sebenar mangsa bertindak demikian.
Namun, penyiasat polis memberitahu, hasil inkues mendapati bahawa Storey sebenarnya tidak berkeinginan untuk mati ketika dia menggantung dirinya sendiri dan mungkin dia tidak menyedari betapa cepatnya dia akan kehilangan nyawa akibat perbuatan itu.
Bapa remaja itu, Andrew Storey menemui mangsa di bahagian tangga rumahnya selepas menyelesaikan kerja di Chilton, berhampiran Didcot, Oxfordshire, pada 1 Mac lalu.
Pada mulanya, ayah mangsa menyangka anaknya sedang berdiri di atas tangga sambil memandang ke bawah telefonnya, namun, dia mendapati anaknya kelihatan aneh sebelum dia menyadari anaknya itu mati akibat menggantung diri.
Apa yang berlaku pada remaja itu dikatakan sebagai “mengejut” kerana keluarganya mengesahkan bahawa anaknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan mental sebelum ini.
“Saya memasuki rumah menerusi pintu depan dan saya fikir Harry sedang memanjat tangga sambal melihat telefonnya tetapi saya menyedari ia bukan yang saya sangkakan.
“Saya tidak memahami apa yang berlaku,” katanya
Jelasnya lagi, anaknya itu merupakan seorang yang meminati sukan dan sangat penyayang.
“Dia sangat ramah dan mempunyai personaliti yang baik ketika memulakan perbualan dengan orang yang dia temui.
“Dia hanya remaja normal namun dia mempunyai jangkaan tersendiri tentang dirinya dan apa yang dia lakukan itu mengejutkan saya,” tambah bapa remaja itu lagi.
Dalam prosiding inkues, pendakwa raya mendapati keluarganya pernah mendedahkan mendiang dengan sebuah rancangan TV mengenai seorang perempuan membunuh diri dan tindakan itu berkemungkinan menjadi punca kepada anaknya mengambil keputusan sedemikian.
Menerusi mesej di aplikasi Whatsapp, rakan-rakannya memberitahu bahawa Harry telah mengetahui perempuan kesukaannya itu mula bercinta dengan remaja lelaki di sekolah yang sama.
Dia juga difahamkan pernah menyebut tentang keinginan membunuh diri.