Remaja 13 tahun dirogol rakan bapa

Agensi
September 22, 2018 12:37 MYT
Mangsa juga kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. - Gambar hiasan
Remaja 13 tahun trauma dan menderita selepas dipercayai dirogol rakan kepada bapanya di Fatehpur Beri, Selatan Delhi pada Khamis lalu.
Kejadian itu berlaku apabila lelaki terbabit menghubungi untuk membawa mangsa bertemu dengan anak perempuan suspek sebelum merogol remaja terbabit dirumahnya.
Pasukan polis berkata, remaja terbabit kemudian pulang ke rumahnya sebelum menceritakan apa yang berlaku kepada ibu bapanya dan membuat laporan polis.
Mangsa juga kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Polis berkata, suspek telah menghubungi mangsa pada pukul 10.30 malam dan mendakwa anak perempuannya mahu bertemu mangsa.
Tanpa syak wasangka, ibu bapa remaja terbabit membenarkannya dan sebaik sahaja tiba hanya suspek berada di rumah.
#Hospital #khamis #New Delhi #rogol
;