Rejim Israel menagih simpati daripada Rusia

Agensi
Januari 29, 2018 07:49 MYT
Vladimir Putin dan Benjamin Netanyahu mengadakan pertemuan di Muzium Yahudi dan Pusat Toleransi di Moscow, Russia, 29 Jan, 2018. REUTERS
Israel bertegas ia tidak akan menerima kehadiran tentera Iran di sepanjang sempadan utara di Syria dan Lubnan, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Isnin.
Katanya, beliau telah menyampaikan perkara itu kepada Presiden Russia Vladimir Putin ketika mereka mengadakan perbincangan di sini.
Beliau telah bertemu Putin berkali-kali sejak beberapa bulan kebelakangan bagi membincangkan realiti baru Syria pasca perang, khususnya ancaman yang mungkin ditimbulkan Iran di perbatasan.
Israel telah lama mengenal pasti Iran sebagai ancaman terbesarnya, memetik program nuklear yang disyaki dijalankannya, pembangunan peluru berpandu jarak jauh dan retorika bermusuhan.
Bagiamanapun, dengan peperangan di Syria yang semakin reda, Israel mula gusar dan takut akan penubuhan 'koridor' Syiah, dengan adanya hubungan darat dari Iran ke Lubnan, yang membolehkan pergerakan pejuang dan senjata merentasi wilayah itu.
Malah Israel menyifatkan pejuang Hezbollah adalah ancaman besar buat negara itu apabila belum lagi menunjukkan tanda-tanda menghentikan serangan di Syria itu sejak 2006 dan juga di bumi Israel.
#Benjamin Netanyahu #Iran #Israel #menteri #Moscow #Perdana Menteri #presiden #Rusia #Russia #serangan #Syiah #Syria #Vladimir Putin
;