Rejim Israel kejam tidak benar bekalan bahan api masuk ke Gaza

Astro Awani
Oktober 24, 2023 07:45 MYT
Keadaan di Hospital Al-Ahli di mana ratusan rakyat Palestin terkorban susulan serangan udara tentera rejim Zionis Israel. - Foto REUTERS
TEL AVIV: Israel berpendirian tegas dan kejam untuk tidak membenarkan bahan api memasuki Gaza walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Ketua jurucakap tenteranya, Daniel Hageri mendakwa bekalan api tersebut akan disalahguna Hamas untuk bekalan infrastruktur tentera.
Hageri turut menuduh Hamas mencuri bekalan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk kegunaan lain.
Kenyataan ini dikeluarkan ketika kesemua hospital di Gaza kehabisan bahan api untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan perubatan dan rawatan.
Situasi mendesak itu menyebabkan pekerja perubatan tidak dapat merawat dan melakukan pembedahan ke atas mangsa cedera.
Lebih 40 buah hospital di Gaza kini lumpuh sepenuhnya akibat kehabisan bahan api, selain hancur dibedil zionis.
Israel sebelum ini hanya membenarkan 20 trak bantuan kemanusian PBB memasuki lintasan Rafah bagi bantuan kecemasan, sedangkan kuota yang diperlukan lebih daripada itu.
#rejim Zionis #Bekalan bahan api #Gaza #Hamas
;