Rebus, makan alat kelamin majikan gara-gara rebut ladang sawit
Agensi
Januari 6, 2018 23:05 MYT
Januari 6, 2018 23:05 MYT
Seorang lelaki bertindak kejam membunuh dan memakan alat kelamin majikannya dalam kejadian di Batanghari, Indonesia pada Selasa.
Suspek, Terosman @ Mansur, 54 tahun, melakukan tindakan keji itu terhadap M Dasrullah dalam usaha merampas ladang sawit milik majikannya itu.
Mansur dalam pengakuannya berkata dia memotong alat kelamin majikannya lalu direbus sebelum dimakan.
“Selepas saya bunuh dia, saya potong alat kelaminnya dan saya makan dengan nasi," kata Mansur kepada polis seperti yang dilaporkan media tempatan.
Sementara itu, portal Jawapos melaporkan Mansur bekerja sebagai buruh di ladang sawit Dasrullah sejak beberapa tahun dan mendapat kepercayaan penuh majikannya itu.
Namun Mansur dipercayai menyeleweng wang kutipan tuaian sawit sekitar Rp 7 juta (kira-kira RM2,080) sebulan selama bertahun-tahun.
Menurut portal itu lagi, tindakan Mansur makan alat kelamin majikannya ada kaitan dengan ritual ilmu hitam yang kononnya dapat menghindarkan dia daripada dihantui roh mangsa.