Ratusan ribu rakyat sertai tunjuk perasaan selepas pembentangan bajet UK
Astro Awani
Mac 15, 2023 06:50 MYT
Mac 15, 2023 06:50 MYT
LONDON: Ratusan ribu pekerja melancarkan mogok di seluruh United Kingdom selepas Ketua Perbendaharaan, Jeremy Hunt mengumumkan belanjawan musim bunga pada Rabu.
Antara yang turun padang termasuk kakitangan kerajaan, guru, pemandu kereta api dan doktor muda.
Tunjuk perasaan yang diadakan disifatkan sebagai yang terbesar pernah diadakan sejak gelombang tindakan industri bermula tahun lepas.
Ia membantah pembentangan bajet kerajaan yang memperuntukkan tambahan 5 bilion pound untuk perbelanjaan pertahanan, meingkatkan pembiayaan penjagaan kanak-kanak dan bantuan untuk pekerja menabung untuk persaraan dalam tempoh dua tahun akan datang.
Para guru yang hadir menuntut kenaikan gaji untuk sektor pendidikan.
Untuk rekod, Hunt dan Perdana Menteri Rishi Sunak cuba menahan gaji sektor awam kerana mereka berpendapat kenaikan gaji yang besar hanya akan mendorong inflasi.