Ratusan penyokong Fujimori berarak ucap terima kasih

Agensi
Januari 13, 2018 15:13 MYT
Ratusan penyekong Fujimori berarak tanda ucapan terima kasih kepada Presiden Pedro Pablo Kuczynski. - Gambar REUTERS
Beratus-ratus orang berkumpul di jalanan di Lima pada Jumaat bagi menunjukkan sokongan mereka kepada bekas presiden Peru, Alberto Fujimori.
Perarakan berkenaan turut bertujuan bagi menyatakan rasa terima kasih kepada Presiden Pedro Pablo Kuczynski atas pengampunan Fujimori pada malam Krismas.
Dalam keputusan yang bermakna itu, Fujimori hanya perlu menjalani tempoh separuh daripada hukuman yang dikenakan iaitu 25 tahun atas kesalahan melanggar hak asasi manusia.
Keputusan itu telah mencetuskan bantahan besar di seluruh negara dan mendorong pegawai kanan meletak jawatan di tengah-tengah krisis politik.
Secara rasmi, pengampunan diberikan atas dasar kemanusiaan yang ekoran kesihatan Fujimori.
#fujimori #kesihatan #Lima #Peru #politik #presiden
;